| Soalan Lazim |
|
Soalan 1 : Adakah terdapat sebarang had umur untuk menjadi ahli TAVAC ? Soalan 2 : Adakah TAVAC menetapkan sesuatu sasaran kumpulan untuk menjadi ahli TAVAC ? Soalan 4 : Bagaimana jika saya ingin menjadi ahli ? Soalan 6 : Adakah semua perjumpaan / TT atau konvoi adalah wajib untuk dihadiri ? Soalan 9 : Adakah keanggotaan TAVAC mempunyai had masa tertentu ? Soalan 10 : Adakah sebarang yuran tahunan dikenakan untuk menertai TAVAC ? Soalan 11 : Bagaimana saya boleh memiliki kemeja, topi dan pelekat kereta TAVAC? Soalan 1 : Adakah terdapat sebarang had umur untuk menjadi ahli TAVAC ? Jawapan : Bagi menganggotai TAVAC, yang berminat perlulah berumur 18 tahun dan ke atas. TAVAC ialah satu kumpulan yang dianggotai oleh pelbagai lapisan umur. Terdapat golongan muda dan juga yang telah berusia. Dikalangan ahli TAVAC, semuanya saling hormat-menghormati, contohnya amalan panggilan abang atau kakak kepda yang lebih berusia. Nota : TAVAC tidak menerima keanggotaan kelab bagi golongan dari kalangan pelajar atau yang masih menuntut di institusi samada IPTA mahu pun IPTS. Bagi sebarang permohonan untuk penyertaan, TAVAC berhak untuk menyaring dan boleh menolak sebarang permohonan yang didapati tidak menepati kehendak kelab.
Soalan 2 : Adakah TAVAC menetapkan sesuatu sasaran kumpulan untuk menjadi ahli TAVAC ? Jawapan : Tidak. TAVAC tidak menetapkan sasaran kumpulan tertentu/bangsa tertentu untuk menjadi ahli. TAVAC sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menganggotai TAVAC asalkan mengamalkan konsep ikhlas, bekerjasama, saling hormat-menghormat dan bertolak ansur bersesuaian dengan slogan rasmi TAVAC iaitu "We R Family". Soalan 3 : Jika saya belum memiliki atau membeli Toyota Avanza, bagaimanakah saya boleh menyertai ahli atau pun perjumpaan TAVAC ? Jawapan : Jika berkebolehan melayari Internet, saudara digalakkan untuk sama-sama memeriahkan forum TAVAC di segmen Forum di www.tavac.net. Di dalam forum dan website TAVAC, ahli sediada sentiasa akan update sebarang perjumpaan terdekat. Jika saudara belum memiliki Toyota Avanza, itu tidak akan menjadi sebarang masaalah kerana apabila menyertai forum atau perjumpaan TAVAC, InsyaAllah saudara akan mendapat manfaat dari nya. Soalan 4 : Bagaimana jika saya ingin menjadi ahli ? Jawapan : Saudara boleh merujuk ke segmen Pendaftaran, muat turun Borang Pendaftaran Ahli dari segmen Muat Turun, isi kan dengan lengkap. Email This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Soalan 5 : Dengan slogan "We R Family" adakah TAVAC hanya membuka keahlian kepada mereka yang berkeluarga sahaja, bagaimana dengan mereka yang masih bujang ? Jawapan : Tidak menjadi masaalah, memang majoriti ahli TAVAC ialah mereka yang telah berkeluarga , namun di dalam keahlian TAVAC, juga terdapat beberapa ahli yang masih bujang. Mengikut pendapat mereka, mereka merasa kan perasaan seronok dan akrab walaupun majoriti ahli kelab ialah berkeluarga. Malah, kelab ini juga mendapat komitment yang baik tidak kira dari yang berkeluarga mahu pun yang masih bujang. Soalan 6 : Adakah semua perjumpaan / TT atau konvoi adalah wajib untuk dihadiri ? Jawapan : Tidak, semuanya terpulang kepada ahli. Kebanyakan perjumpaan / TT atau konvoi tidak meletakkan sebarang paksaan kepada ahli untuk menyertai atau menghadirkan diri kerana TAVAC memahami bahawasanya selain komitment kpd kelab, ahli-ahli juga mempunyai komitment lain yang juga penting kepada mereka seperti komitment kepada keluarga, ibu bapa, tempat bekerja dan sebagainya. Walau pun begitu, bagi sebarang perjumpaan/TT atau konvoi - ahli adalah digalakkan untuk hadir terutama yang boleh memberi manfaat kepada ahli termasuk keluarganya. Soalan 7 : Adakah kelab ini hanya menghadkan Toyota Avanza dari salah satu kategori transmisi 1.3 atau 1.5 sahaja ? Jawapan : Tidak, keahlian adalah dibuka tidak kira samada saudara memiliki Toyota Avanza 1.3 mahu pun Toyota Avanza 1.5. Soalan 8 : Jika saya berada di negeri yg agak jauh seperti Kedah atau Johor, mudahkan untuk saya menyertai TAVAC ? Jawapan : Tidak menjadi masaalah, untuk pengetahuan saudara, Kelab TAVAC mempunyai keahlian di seluruh Malaysia. Di setiap negeri, terdapat wakil yang boleh dan mampu membantu saudara untuk sebarang permasaalahan berkaitan proses keanggotaan. Saudara boleh merujuk forum untuk mendapatkan info wakil bagi setiap negeri. Soalan 9 : Adakah keanggotaan TAVAC mempunyai had masa tertentu ? Jawapan : Tidak, TAVAC tidak menetapkan tempoh berakhir bagi ahli-ahli nya. Semua ahli berhak untuk menganggotai TAVAC selagi mereka masih berminat dan terus mengikuti program² yang dijalankan bersama-sama. Soalan 10 : Adakah sebarang yuran tahunan dikenakan untuk menyertai TAVAC ? Jawapan : Buat masa in, tiada sebarang yuran tahunan rasmi yang dikenakan. Majlis Tertinggi TAVAC tidak menetapkan sebarang minit untuk perkara ini. Walaupun begitu, pembayaran tertentu perlu dijelaskan untuk mendapatkan kemeja rasmi, topi, pelekat keahlian dan pelekat kereta TAVAC. * Walaupun begitu, sebarang kenyataan adalah tertakluk kepada perubahan.
|